KAMAR KHAS PARLIMEN : KERJASAMA ANTARABANGSA MENANGANI JENAYAH PEDOFILIA
Malaysia mencatatkan jumlah teramai dalam melayari pornografi kanak-kanak di rantau Asia Tenggara menurut laporan The Star pada Januari 2018 dan setakat 2020, PDRM telah berjaya mengesan 10,000 alamat IP individu yang telah mengakses bahan lucah berkaitan pornografi kanak-kanak.
Sehubungan dengan itu, YB Nurul Izzah Anwar di dalam sidang Kamar Khas telah mengetengahkan isu pornografi kanak-kanak bagi Kementerian Dalam Negeri menerangkan isu sama ada terdapat usaha-usaha yang sedang dijalankan.
Berikut merupakan jawapan Menteri Dalam Negeri :
1. Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792) merangkumi kesalahan seksual seperti pornografi kanak-kanak, pengantunan kanak-kanak (child grooming), Amang seksual (sexual assault (fizikal dan bukan fizikal).
2. Bagi bentuk kerjasama sedia ada, PDRM telah menubuhkan Unit Siasatan Jenayah Siber Seksual (MICAC) pada 2018. Di bawah D11, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman ini bertanggungjawab dalam menguruskan
siasatan eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak yang berlaku secara atas talian.
3. Pihak PDRM telah mengambil inisiatif dengan mengadakan kerjasama dua hala dengan agensi penguatkuasaan undang-undang luar negara/ antarabangsa dalam aspek perkongsian maklumat dan juga capacity building.
4. Akta 792 ini adalah bersifat “extra-territorial” iaitu turut terpakai di luar wilayah. Seksyen 3 Akta ini memperuntukkan sekiranya kesalahan-kesalahan seksual tersebut dilakukan oleh warganegara Malaysia
terhadap mana-mana kanak-kanak di luar Malaysia, penjenayah juga boleh didakwa di bawah Akta ini.
5. Bagi isu pelaporan, pengesanan dan pemadaman kandungan pornografi kanak-kanak, Unit MICAC dengan kerjasama agensi penguatkuasaan undang-undang daripada luar negara, kebiasaannya menerima maklumat dalam bentuk alamat IP Address yang didaftar di Malaysia yang dipercayai digunakan untuk berkongsi Child
Pornography (CP).
6. Namun unit MICAC berhadapan dengan kekangan peralatan, kemudahan ICT serta kekurangan pegawai yang terlatih atau 'subject matter expert' menyebabkan jumlah tangkapan atau output adalah rendah berbanding maklumat yang yang diterima.
7. Pada ketika ini Unit MICAC turut bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dalam usaha menyekat akses kepada laman web yang mengandungi bahan pornografi kanak-kanak di internet.